|
Jom renung-renungkan
Thursday, 24 October 2013 • 03:34 • 0 comments
Alhamdulillah
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik
mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti
melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling
itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya .
Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang
berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan
menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh
ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada
aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling
bawah.
Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai
bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah ,
ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan
mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan
pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit
, lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu
kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa
mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya.
Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus
menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua
dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik
perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan ,
keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa
kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk
bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.Jom renung renung kan .. :))
|
A Lil Speech✿
![]() Little Love♥
![]() Do Follow♥ Status Semasa ♥ >> Bufday saya 31/10
date : NOW
at: Everyday
♥ >> Try to get a follower
date : Everyday
at: 24Hours
Library♥ |