R A I N B O W
About Entries Links Twitter Facebook Credit by
Dugaan Bertunang.
Thursday, 26 November 2020 • 06:48 • 0 comments

 Khamis;

26 November 2020;

21:53pm.

Assalamualaikum w.b.t.

Bersua kembali kita dalam entry terbaru. Bila mana ada entry terbaru, maka terdapat persoalan ataupun sesuatu buah fikiran yang berlegar-legar di dalam mindaku. 

Disebabkan harini aku rasa macam semua benda tak kena, buat kerja rasa macam nak marah orang, buat kerja kemaskini sistem pun, tak jumpa harga nak letak untuk jual, pun rasa macam nak marah orang. So, kesimpulannya harini, banyak yang aku rasa macam buat apa2 je nak marah, plus dengan air dekat asrama or mart tu takde airnya dan membuatkan kami nak pergi toilet/solat pun kena fikir tempat lain untuk solat/pergi toilet (even though masjid sekolah ada je. Tapi tu lah, kalau dah tengah serabut, semua benda tak kena) Astaghfirullah 😅 , dengan hujan lebatnya and nak sangat cepat2 habis kerja and I want to go home!. HUHUHU. I don't know why. But masuk waktu solat zohor tu, pergi solat zohor, lepas solat, zikir and Alhamdulillah, rasa okay lah sikit berbanding pagi tu. HUHUHU. 

Then, di sini lah bermulanya apa yang akan dikaitkan dengan tajuk. After balik daripada solat, pergi dekat kaunter, tiba2 Nas pun cakap nak tanya sesuatu ni, ada kaitan dengan hidup dan mati. Hahaha. Dia punya suspen tu memang lah😂 aku pun cakap lah, wuishh takutnyoo kait dgn hidup & mati deh . Hahaha. Then dia pun cakap lah, ho lah .. lepastu dia tanya, sepanjang aku ni bertunang, gapo/ada tak dugaan aku ni bertunang. Sebab katanya, kawan dia, masa kawan dia bertunang, macam dekat sebulan sebelum kahwin tu, kawan dia(perempuan) accident and kawan dia tu mengalami kecederaan dekat muka, then, khabarnya jugak, tunang kawan dia tu pun sebelum tu, hampir jugak nak accident. But Alhamdulillah umur and rezeki and jodoh mereka panjang then mereka sah bergelar suami isteri. Jadi itu antara dugaan yang kawan dia alami. Then Nas tanya lah aku, kalau aku pulak, macam mana? 

Then I was like, actually aku pernah jugak melontarkan persoalan tu kepada diri aku sendiri, disebabkan aku tengok banyak jugak lah dekat sosial media or berita2 lah yang orang cakap dugaan bertunang ni banyak, and ada setengah tu banyak kali sangat bergaduh sebelum betul2 sah jadi suami isteri and ada setengah tu, sampai tak jadi and putus tunang wanauzubillahiminzalik. So daripada situ, kita dan pasangan kena lah kuat untuk menghadapinya sebelum betul2 termeterainya ikatan sah. Then aku jawab lah dekat Nas, "Ore dah buat macam2 dah, ore oyak keburukan ore, sbb macam nak uji dia gitu, tapi dia okay jah. And kitorang pun tengah usaha cuba untuk perbaiki sikit2 gapo yang tok molek dalam diri kami. In shaa Allah. So, lepastu ore mikir lah, tok minta, tapi kita tok thu kan, Allah nak uji dan perancangan Allah ni gano, mungkin Allah tak uji kami time bertunang, tapi Allah uji kami lepas kahwin. Cuma yang ore tengok lonie, kalau ujian kami, mungkin lah, dari segi kewangan." So, aku pun terfikir, ya mungkin dari segi kewangan, sebab aku cuba untuk guna duit aku sendiri dan dia pun begitu, tanak menyusahkan parents dalam urusan perkahwinan kami. Dan aku harap sangat semoga segala urusan kami dipermudahkan sampai lah kami betul2 diijab kabulkan. Aamiin. 

Kadang2 aku terfikir jugak, orang cakap, Allah uji tanda Allah sayang, tapi kenapa ya, aku kadang2 rasa macam Allah terlalu bagi banyak sangat dekat aku, then aku takut, aku takut dengan Allah bagi aku banyak sangat benda, adakah itu tanda Allah tak sayang ? Jadi aku cuba positifkan balik, supaya aku tak buruk sangka dengan Allah, sebab orang cakap, (orang cakap lagi😅) kadang2 Allah uji kita dengan kegembiraan. Allah nak tengok, time kita gembira, senang, kita ni ingat dekat Allah tak. So itu sebab, kalau aku fikirkan balik, kalau orang cakap dugaan bertunang macam ni macam tu, aku macam, bersyukur sangat2 dekat Allah yang Allah tak uji aku sebegitu dan seteruk itu. Mungkin Allah tahu kalau aku ni diuji dengan ujian yang berat, mungkin aku tak mampu nak handle. Sebab ayat quran pun ada bagitahu yang Allah takkan membebankan hambanya melainkan dengan apa yang terdaya olehnya. Cumanya, aku berharap sangat2 disebabkan masa bersisa lagi lebih kurang 3 bulan 27 hari untuk kami disatukan, aku harap sangat takde apa2 yang tidak diingini terjadi dan kami dapat disatukan dalam keadaan kami sihat walafiat dan bersedia . Bersedia untuk bertempur sama2 dalam alam baharu. Kebiasaannya, alam rumahtangga lebih mencabar. So, I'm looking forward to it and with you 🌹💕 in shaa Allah ♥️ 

P/s : My dear love, if you want to tambah apa2, you can do it in next entry. I hope to hear from you soon. Well, when you have a free time, you can update the new entry🥰😘

Lots of love and a bunch of love;

Fatinah kesayangan En. Mad♥️



PASTFUTURE
A Lil Speech✿
Assalamualaikum,, Allah menjadikan semuanya elok di muka bumi nii. That's why kita kena sentiasa bersyukur dgn segala nikmat yang dikurniakan-Nya.. SMILE! Its make you more beautiful..ツ♥ ,

Little Love♥


Do Follow♥



Status Semasa

>> Bufday saya 31/10
date : NOW
at: Everyday


>> Try to get a follower
date : Everyday
at: 24Hours


Library♥

  • Hectic Day!
  • The Awaited ...
  • Future Plan?
  • I'm Happy to See Everyone is Happy.
  • Late Night Thought
  • Welcome back !!!
  • I'm Twenty with no Teen more in my age
  • Alhamdulillah.. :)
  • Baruku Tahu... :))
  • JANGAN...