|
Selamat Tahun Baru Abang Sayang❤️
Friday, 31 December 2021 • 17:29 • 0 comments Abang. Harini tahun baru. 1/1/2022. Baby doakan selalu semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada abang dan kita berdua dan keluarga kita. Semoga Allah sentiasa kurniakan perlindungan dan keberkatan dalam setiap langkah abang dan baby untuk mencari rezeki buat keluarga kita. Semoga tahun ni dan tahun akan datang Allah kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka kepada keluarga kecil kita. Semoga mahabbah yang terikat antara kita lagi menguatkan cinta dan kasih kita kepada Allah. Terima kasih abang untuk 10 bulan selama kita hidup bersama dan semoga kita terus bersama sampai ke syurga dengan izin Allah .. Minta maaf salah silap baby dengan abang. Baby mengharapkan keredaan dan keampunan daripada abang. I love you abang ❤️❤️❤️ Terima kasih sudi hadir dalam hidup baby dan menceriakan hidup baby ❤️❤️😘 I love you more ❤️ I love her sharing♥️
Tuesday, 9 February 2021 • 20:11 • 0 comments Saya tepek sini yaa untuk rujukan kita nanti2 😘😘 Dear Encik Tunang.
Thursday, 7 January 2021 • 06:19 • 0 comments Hello. I miss you! I miss you I miss you too I miss you three I miss you four I miss you five I miss you six I miss you seven I miss you eight I miss you nine I miss you ten I miss you infinity! Ermm. Okayy see you soon🌹✨ A Little Things That Matter.
Monday, 14 December 2020 • 23:28 • 0 comments Assalamualaikum w.b.t Selasa, 15/12/2020, 15:15 pm. First of all, I want to say sorry. Saya tak perasan pulak entry terbaru yang awak post haritu😅 dah lama jugak ya awak post entry tu. So... I also want to say, thank you untuk nasihat itu🌹 ya betul lah tu. Sabar. Indahkan kalau diri kita ni selalu dikurniakan sifat sabar. Sejujurnya saya nak bagitahu awak, yang saya ni kadang-kadang cepat sangat jadi nak marah and melenting jarang2. Saya pun tak tahu kenapa. Especially dengan umi dan adik-beradik tapi jarang2. Kenapa? Saya pun tak tahu. Tapi saya sedar benda tu salah dan saya pun sedang cuba untuk perbaikinya. Tapi kadang2 ia terjadi or saya termarah tanpa sengaja. And saya rasa sekarang mungkin dah okay sikit, walaupun kadang2 ada jugak cuma saya cepat2 sedar. Sebab tu sebenarnya saya takut, saya takut untuk bergaul dengan orang tua , kadang2 apa yang mereka katakan akan tak selaras dengan apa yang saya fikirkan dan katakan dan kadang2 saya takut apa yang saya katakan, mungkin akan menyebabkan mereka terguris hati. Ermm entahlah. Banyak berfikir mungkin saya ni😅😂 Dan saya harap sangat suatu hari nanti kalau saya ada termarah awak atau orang sekeliling saya ikut lah sape2 pun tanpa sengaja dan tanpa sedar, tolong tegur, sedarkan saya balik dan nasihat saya dengan baik2. Sebab kadang2 lepas saya termarah tu, saya sedar balik then saya cuba control , tpi tiba2 dia akan berulang balik. So thats why. Saya takut. Saya selalu jgk berdoa dekat Allah supaya sentiasa kurniakan dan tanamkan dalam diri saya sifat sabar. Tapi gitu lah😅 dia akan lagi rasa nak marah kalau waktu saya nak dekat period. Selalu lah mood akan kejap okay kejap tak and saya akan selalu craving nak makan je kerja😅 ouh also saya akan mudah nak marah kalau lepas bangun tido, kalau saya tak cukup tido dan bangun time time waktu asar. Ish2. Memang tak elok pun sebenarnya kan tido waktu asar😅 Ouh yaa. Kadang2 kalau saya rasa serabut sangat, saya akan stress dan mudah nak marah jgk. Ya saya tahu kena banyak2 terapkan istighfar dalam diri supaya kita terhindar daripada godaan syaitan tu untuk kita buat benda yang tak sepatutnya. Kadang2 saya boleh control marah saya, saya ingat ja untuk istighfar, cuma kadang2 kalau takleh control tu. Erm gitu lah.😅 Jadi saya harap sangat awak sabar dengan saya dan saya pun akan bersabar dengan orang sekeliling saya dan cuba untuk cepat2 buang sifat amarah dalam hati kalau rasa nak marah seseorang. Semoga kita sama2 dikurniakan oleh Allah dengan sifat sabar yang tinggi untuk menjalani kehidupan yang mendatang. Aamiin. P/s: Okay je awak menulis. Hahaha. Jangan lah nervous. Saya je yang akan baca so, awak tulis macam mana pun, saya akan sentiasa hayati dan support awak😘lulus dahh. Saya bagi 10⭐ heehe. so, lepas ni boleh lah post entry baru bila2 awak free. Ehek🥰 P/s: I miss you sooooo much my baby boo. P/s: Tadi kan masa pergi kenduri, saya pakai baju awak bagi🌹🥰 Miss you❤️ P/s: Lari topik jap😅 Awak nak tahu tak, haritu saya ada mimpi tarikh 15/12 ni akan berlaku majlis perkahwinan, tapi saya tak tahu lah perkahwinan sape, but now, I know. Sepupu saya yg kahwin. Kenapa boleh terjadi macam tu ya🤔 Sang perindu; Fatinah kesayangan Muhammad❤️❤️ Nasihat
Saturday, 28 November 2020 • 10:50 • 0 comments Ahad 29 November 2020. 02:23 am بسم الله الرحمـٰن الرحيم Assalaamualaikum w.b.t Alhamdulillah..😁😊 Emm.. testing2.. 😬.. emm.. ni first time sy nulis2 gini.. mesti lah nervous..😅😁.. tengoh2 pgi buto nih😂 Entry kali ni.. pendek sahaja.. ia berkenaan nasihat yg sy dapat berkaitan perkahwinan/ alam perkahwinan.. kebanyakannya sy akan meminta nasihat bila bertemu dgn sesiapa yg lebih tua, yg sudah berkahwin.. berpengalaman lah.. huhu.. lelaki lah.. yg mana sy rasa selesa.. Alhamdulillah, hmpir semua nasihat yang sy dapat.. mcm2 jenis nasihat😁.. tp dlm semua nasihat tu.. satu yg sama, mesti ad nasihat ini, satu yg diberi penekanan.. sampaikan sy tanya berulang kali satu tu lah yg dijwabnya sama..satu perkataan tu yg diulang2..hohoho.. memey penting lah nasihat ni..😁.. Nasihat itu ialah SABAR..😌 Sabar dengan segalanya, tambah2 lg suami (isteri pun sama rasanya), mcm2 akan lalui, tempuhi, nak ditanggung..baik dengan pasangan atau selainnya kadei2 tu mcm scary pula bila diceritakan..hahah.. begitu dan begini..😅.. so, mana yg baik djadikan teladan, mana yg sebaliknya dijadikan sempadan.. Setakat ni je la dulu..huhu.. My dear Love 💓Fatinah💓.. Sama2lah kita doa kepada Allah.. tempat kita bergantung harap.. supaya kita direzkikan dengan sifat sabar yg indah.. Aamiinn..🤲✨.. Lovely and warmly, Muhammad Your Baby Boo💓😉 Err..😬😬 Lulus dop nii..😂 Dugaan Bertunang.
Thursday, 26 November 2020 • 06:48 • 0 comments Khamis; 26 November 2020; 21:53pm. Assalamualaikum w.b.t. Bersua kembali kita dalam entry terbaru. Bila mana ada entry terbaru, maka terdapat persoalan ataupun sesuatu buah fikiran yang berlegar-legar di dalam mindaku. Disebabkan harini aku rasa macam semua benda tak kena, buat kerja rasa macam nak marah orang, buat kerja kemaskini sistem pun, tak jumpa harga nak letak untuk jual, pun rasa macam nak marah orang. So, kesimpulannya harini, banyak yang aku rasa macam buat apa2 je nak marah, plus dengan air dekat asrama or mart tu takde airnya dan membuatkan kami nak pergi toilet/solat pun kena fikir tempat lain untuk solat/pergi toilet (even though masjid sekolah ada je. Tapi tu lah, kalau dah tengah serabut, semua benda tak kena) Astaghfirullah 😅 , dengan hujan lebatnya and nak sangat cepat2 habis kerja and I want to go home!. HUHUHU. I don't know why. But masuk waktu solat zohor tu, pergi solat zohor, lepas solat, zikir and Alhamdulillah, rasa okay lah sikit berbanding pagi tu. HUHUHU. Then, di sini lah bermulanya apa yang akan dikaitkan dengan tajuk. After balik daripada solat, pergi dekat kaunter, tiba2 Nas pun cakap nak tanya sesuatu ni, ada kaitan dengan hidup dan mati. Hahaha. Dia punya suspen tu memang lah😂 aku pun cakap lah, wuishh takutnyoo kait dgn hidup & mati deh . Hahaha. Then dia pun cakap lah, ho lah .. lepastu dia tanya, sepanjang aku ni bertunang, gapo/ada tak dugaan aku ni bertunang. Sebab katanya, kawan dia, masa kawan dia bertunang, macam dekat sebulan sebelum kahwin tu, kawan dia(perempuan) accident and kawan dia tu mengalami kecederaan dekat muka, then, khabarnya jugak, tunang kawan dia tu pun sebelum tu, hampir jugak nak accident. But Alhamdulillah umur and rezeki and jodoh mereka panjang then mereka sah bergelar suami isteri. Jadi itu antara dugaan yang kawan dia alami. Then Nas tanya lah aku, kalau aku pulak, macam mana? Then I was like, actually aku pernah jugak melontarkan persoalan tu kepada diri aku sendiri, disebabkan aku tengok banyak jugak lah dekat sosial media or berita2 lah yang orang cakap dugaan bertunang ni banyak, and ada setengah tu banyak kali sangat bergaduh sebelum betul2 sah jadi suami isteri and ada setengah tu, sampai tak jadi and putus tunang wanauzubillahiminzalik. So daripada situ, kita dan pasangan kena lah kuat untuk menghadapinya sebelum betul2 termeterainya ikatan sah. Then aku jawab lah dekat Nas, "Ore dah buat macam2 dah, ore oyak keburukan ore, sbb macam nak uji dia gitu, tapi dia okay jah. And kitorang pun tengah usaha cuba untuk perbaiki sikit2 gapo yang tok molek dalam diri kami. In shaa Allah. So, lepastu ore mikir lah, tok minta, tapi kita tok thu kan, Allah nak uji dan perancangan Allah ni gano, mungkin Allah tak uji kami time bertunang, tapi Allah uji kami lepas kahwin. Cuma yang ore tengok lonie, kalau ujian kami, mungkin lah, dari segi kewangan." So, aku pun terfikir, ya mungkin dari segi kewangan, sebab aku cuba untuk guna duit aku sendiri dan dia pun begitu, tanak menyusahkan parents dalam urusan perkahwinan kami. Dan aku harap sangat semoga segala urusan kami dipermudahkan sampai lah kami betul2 diijab kabulkan. Aamiin. Kadang2 aku terfikir jugak, orang cakap, Allah uji tanda Allah sayang, tapi kenapa ya, aku kadang2 rasa macam Allah terlalu bagi banyak sangat dekat aku, then aku takut, aku takut dengan Allah bagi aku banyak sangat benda, adakah itu tanda Allah tak sayang ? Jadi aku cuba positifkan balik, supaya aku tak buruk sangka dengan Allah, sebab orang cakap, (orang cakap lagi😅) kadang2 Allah uji kita dengan kegembiraan. Allah nak tengok, time kita gembira, senang, kita ni ingat dekat Allah tak. So itu sebab, kalau aku fikirkan balik, kalau orang cakap dugaan bertunang macam ni macam tu, aku macam, bersyukur sangat2 dekat Allah yang Allah tak uji aku sebegitu dan seteruk itu. Mungkin Allah tahu kalau aku ni diuji dengan ujian yang berat, mungkin aku tak mampu nak handle. Sebab ayat quran pun ada bagitahu yang Allah takkan membebankan hambanya melainkan dengan apa yang terdaya olehnya. Cumanya, aku berharap sangat2 disebabkan masa bersisa lagi lebih kurang 3 bulan 27 hari untuk kami disatukan, aku harap sangat takde apa2 yang tidak diingini terjadi dan kami dapat disatukan dalam keadaan kami sihat walafiat dan bersedia . Bersedia untuk bertempur sama2 dalam alam baharu. Kebiasaannya, alam rumahtangga lebih mencabar. So, I'm looking forward to it and with you 🌹💕 in shaa Allah ♥️ P/s : My dear love, if you want to tambah apa2, you can do it in next entry. I hope to hear from you soon. Well, when you have a free time, you can update the new entry🥰😘 Lots of love and a bunch of love; Fatinah kesayangan En. Mad♥️ Hectic Day!
Sunday, 8 November 2020 • 02:02 • 0 comments Ahad, 08/11/2020, 17:19 PM Assalamualaikum w.b.t. Wahh tak pernah pernah aku akan update blog balik sehari selepas aku baru je update blog semalam 😂 Asbab update blog pulak sebab today was such a hectic day and messy day! HUHUHU. Yelah. Mana tak nya, semalam MKN isytihar nak laksanakan PKPB di seluruh negeri kecuali Negeri Kelantan, Pahang and Perlis. So, parents yang berada di luar negeri Kelantan dah start panik, dah start tanya2 macam mana kalau nak bawak balik anak ke negeri masing2 sebab kebetulan pulak hari Rabu ni pada 11/11 akan start cuti keputeraan then sambung dengan cuti Deepavali. Jadi cuti itu akan mengambil dalam seminggu jugak lah. So parents risau lah keadaan anak2nya yang tak dapat nak balik tambah2 dengan keluarga or saudara mara diorang takde yang tinggal di Kelantan. So, semalam dah start berbunyi ah dalam group parents Alumni tu. Lepastu, aku pun try lah contact dengan Kak Hani warden asrama dalam, untuk menanyakan hal2 berkaitan pelajar luar negeri ni. So, aku dapat lah jawapan yang aku nak tapi still ibubapa ni persoalannya macam2 and tak diduga plus aku pun memikirkan jugak macam mana kalau pelajar luar negeri yang tak balik ke rumah masing2, boleh ke diorang nak masuk asrama dalam apa semua. Then Kak Hani cakap tunggu esok(iaitu hari ini) and esok(hari ini) akan diadakan mesyuarat bersama AJK Warden Asrama dan pihak pentadbir sekolah pada pukul 13:30 tghri. So, aku malas nak fikir apa2 semalam and tunggu je esok(harini). So, memang start semalam dan pagi tadi, ibu bapa tak habis2 duk tanya dalam group, duk pm ws tanya kalau nak ambik jugak anak harini boleh ke kalau dapat kebenaran polis and so on. Pagi tadi sangat2 lah hectic sebab nak baca and menjawab setiap persoalan yang parents lontarkan dalam group. Dah lah time tu tengah kerja dekat Mart. Dia macam banyak nya kena fikir 😅 lepastu memang banyak lah ayat yang kitorang karang nak bagi dekat parents. Lepastu tambah dengan umi call cakap suruh tengok dalam group family hjh Latifah pasal Diploma Pendidikan tu. Umi suruh aku tengok2 and ambik diploma tu. And I was like. Okay. Sabar jap. Biar satu2 masalah yang lain settle dulu. HUHUHU. Sesungguhnya banyak sangat benda dalam otak aku yang aku nak kena fikir😅 and then, around pukul 12 tghri ke 11 lebih centu, KPM buat live cakap pasal sekolah dan pindaan tarikh2 exam. Menteri Kanan Pendidikan pun announce lah penutupan bagi semua sekolah di seluruh negara. Kiranya termasuk dengan negeri2 yang tak kena PKPB and I was like. Jappp. I cannot brain. Dengan sekelip mata. Pappp!! Tiba2 kena tutup semua sekolah. HAHAHA. So, aku mcam ermm betul ke, lepastu sekolah maahad kenaa tutup jgk lah ? and so on. Then aku ws lah Kak Hani, Kak Hani bgthu tak jadi meeting and akan diadakan thobur. Nasib baik aku tanya awal2 weh. Kalau tak, aku tak tahu lah. Rasa mcm aku ketinggalan 😅 then aku tanya lah pukul berapa... makanya ianya mengambil masa yang agak lama. So aku try call, dia end call. HUHUHU. Ye saya tahu semua tengah sibuk sekarang ni. So, try lah call mokcik. Nasib baik lah mokcik angkat and tanya lah dia pasal memang boleh benarkan ke pelajar untuk balik harini, and yaa boleh .. so tanya lah jugak pasal thobur tu.. then mokcik cakap lah dalam pukul 1 macam tu.. jadinyaa , aku pun pergi lah ke thobur tu dan makanya, sekejpa je.. semua pelajar dibenarkan balik. dan sekarang ramai dah pelajar balik. but still ada lagi beberapa orang pelajar yang parents dia tak boleh nak ambik so dorang akan balik esok. So, sekejap saja semuanya settle😅 Jadinya,,,. saya terfikir untuk teruskan bekerja di Mart tu ... cumanya, kena stay dekat rumah mok lah .. sebab Nasreen tanak duduk asrama . HOHOHO. Sekian sahaja hectic day or lebih kepada hectic kan kepala guey 😂 Ouh lepastu ada lah tadi kejadian yang pelik or lucu jugak kalih depan Mart ada kereta park and tutup lah laluan untuk keluar, then ada lah kereta tu yang dipandu oleh seorang perempuan, and then, disebabkan dia nak keluar and ada kereta block laluan dia keluar. Dia pun pergi lah hon kereta tu. Dah lah banyak kali dia hon habis lah budak2 yang duk di satu blok C sekolah yang hampir dengan pagar sekolah pergi intai. Sampaikan guard tu cakap yang pemandu tu inseng. Eh. Macam crazy lah gitu. HUHUHU. Tak lah masalahnya, dia pi hon, orang tu takde pun dekat situ, macam lah orang tu dengar kalau dah tuan kereta tu takde dekat situ. Then lama jugak lah dia duk tunggu and hon kereta. Lepastu datang lah geng2 dia macam nak tolong lagutu, tapi tak jadi apa2 pun. Last2 Kak Tihah pun cakap lah dekat kawan pemandu tu yang lelaki suruh undur je lah. Sebab nak tunggu org yang parking tu, tak tahu bila nak datang and then dah banyak buang masa dekat situ. HUHUHU. Kan bagus kalau awal2 lagi undur, takde lah buang masa tu. So, moral of the story dekat sini, kita kena cuba cari pelbagai penyelesaian. Kalau betul lah tak boleh nak settle selebihnya kita berserah je lah kepada Allah. Tapi undur kereta tu sebenarnya takyah fikir pepanjang pun, kalau betul lah dia busy. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. So pandai2 lah fikir😎 Yours Sincerely and Lovely; Fatinah Kepunyaan Encik Mad 💕 |
A Lil Speech✿
![]() Little Love♥
![]() Do Follow♥ Status Semasa ♥ >> Bufday saya 31/10
date : NOW
at: Everyday
♥ >> Try to get a follower
date : Everyday
at: 24Hours
Library♥ |