R A I N B O W
About Entries Links Twitter Facebook Credit by
Hectic Day!
Sunday, 8 November 2020 • 02:02 • 0 comments

 Ahad, 08/11/2020, 17:19 PM

Assalamualaikum w.b.t.

Wahh tak pernah pernah aku akan update blog balik sehari selepas aku baru je update blog semalam 😂 

Asbab update blog pulak sebab today was such a hectic day and messy day! HUHUHU. 

Yelah. Mana tak nya, semalam MKN isytihar nak laksanakan PKPB di seluruh negeri kecuali Negeri Kelantan, Pahang and Perlis. So, parents yang berada di luar negeri Kelantan dah start panik, dah start tanya2 macam mana kalau nak bawak balik anak ke negeri masing2 sebab kebetulan pulak hari Rabu ni pada 11/11 akan start cuti keputeraan then sambung dengan cuti Deepavali. Jadi cuti itu akan mengambil dalam seminggu jugak lah. So parents risau lah keadaan anak2nya yang tak dapat nak balik tambah2 dengan keluarga or saudara mara diorang takde yang tinggal di Kelantan. So, semalam dah start berbunyi ah dalam group parents Alumni tu. Lepastu, aku pun try lah contact dengan Kak Hani warden asrama dalam, untuk menanyakan hal2 berkaitan pelajar luar negeri ni. So, aku dapat lah jawapan yang aku nak tapi still ibubapa ni persoalannya macam2 and tak diduga plus aku pun memikirkan jugak macam mana kalau pelajar luar negeri yang tak balik ke rumah masing2, boleh ke diorang nak masuk asrama dalam apa semua. Then Kak Hani cakap tunggu esok(iaitu hari ini) and esok(hari ini) akan diadakan mesyuarat bersama AJK Warden Asrama dan pihak pentadbir sekolah pada pukul 13:30 tghri. So, aku malas nak fikir apa2 semalam and tunggu je esok(harini). So, memang start semalam dan pagi tadi, ibu bapa tak habis2 duk tanya dalam group, duk pm ws tanya kalau nak ambik jugak anak harini boleh ke kalau dapat kebenaran polis and so on. 

Pagi tadi sangat2 lah hectic sebab nak baca and menjawab setiap persoalan yang parents lontarkan dalam group. Dah lah time tu tengah kerja dekat Mart. Dia macam banyak nya kena fikir 😅 lepastu memang banyak lah ayat yang kitorang karang nak bagi dekat parents. Lepastu tambah dengan umi call cakap suruh tengok dalam group family hjh Latifah pasal Diploma Pendidikan tu. Umi suruh aku tengok2 and ambik diploma tu. And I was like. Okay. Sabar jap. Biar satu2 masalah yang lain settle dulu. HUHUHU. Sesungguhnya banyak sangat benda dalam otak aku yang aku nak kena fikir😅 and then, around pukul 12 tghri ke 11 lebih centu, KPM buat live cakap pasal sekolah dan pindaan tarikh2 exam. Menteri Kanan Pendidikan pun announce lah penutupan bagi semua sekolah di seluruh negara. Kiranya termasuk dengan negeri2 yang tak kena PKPB and I was like. Jappp. I cannot brain. Dengan sekelip mata. Pappp!! Tiba2 kena tutup semua sekolah. HAHAHA. So, aku mcam ermm betul ke, lepastu sekolah maahad kenaa tutup jgk lah ? and so on. Then aku ws lah Kak Hani, Kak Hani bgthu tak jadi meeting and akan diadakan thobur. Nasib baik aku tanya awal2 weh. Kalau tak, aku tak tahu lah. Rasa mcm aku ketinggalan 😅 then aku tanya lah pukul berapa... makanya ianya mengambil masa yang agak lama. So aku try call, dia end call. HUHUHU. Ye saya tahu semua tengah sibuk sekarang ni. So, try lah call mokcik. Nasib baik lah mokcik angkat and tanya lah dia pasal memang boleh benarkan ke pelajar untuk balik harini, and yaa boleh .. so tanya lah jugak pasal thobur tu.. then mokcik cakap lah dalam pukul 1 macam tu.. jadinyaa , aku pun pergi lah ke thobur tu dan makanya, sekejpa je.. semua pelajar dibenarkan balik. dan sekarang ramai dah pelajar balik. but still ada lagi beberapa orang pelajar yang parents dia tak boleh nak ambik so dorang akan balik esok. So, sekejap saja semuanya settle😅

Jadinya,,,. saya terfikir untuk teruskan bekerja di Mart tu ... cumanya, kena stay dekat rumah mok lah .. sebab Nasreen tanak duduk asrama . HOHOHO. 

Sekian sahaja hectic day or lebih kepada hectic kan kepala guey 😂

Ouh lepastu ada lah tadi kejadian yang pelik or lucu jugak kalih depan Mart ada kereta park and tutup lah laluan untuk keluar, then ada lah kereta tu yang dipandu oleh seorang perempuan, and then, disebabkan dia nak keluar and ada kereta block laluan dia keluar. Dia pun pergi lah hon kereta tu. Dah lah banyak kali dia hon habis lah budak2 yang duk di satu blok C sekolah yang hampir dengan pagar sekolah pergi intai. Sampaikan guard tu cakap yang pemandu tu inseng. Eh. Macam crazy lah gitu. HUHUHU. Tak lah masalahnya, dia pi hon, orang tu takde pun dekat situ, macam lah orang tu dengar kalau dah tuan kereta tu takde dekat situ. Then lama jugak lah dia duk tunggu and hon kereta. Lepastu datang lah geng2 dia macam nak tolong lagutu, tapi tak jadi apa2 pun. Last2 Kak Tihah pun cakap lah dekat kawan pemandu tu yang lelaki suruh undur je lah. Sebab nak tunggu org yang parking tu, tak tahu bila nak datang and then dah banyak buang masa dekat situ. HUHUHU. Kan bagus kalau awal2 lagi undur, takde lah buang masa tu. So, moral of the story dekat sini, kita kena cuba cari pelbagai penyelesaian. Kalau betul lah tak boleh nak settle selebihnya kita berserah je lah kepada Allah. Tapi undur kereta tu sebenarnya takyah fikir pepanjang pun, kalau betul lah dia busy. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. So pandai2 lah fikir😎


Yours Sincerely and Lovely;

Fatinah Kepunyaan Encik Mad 💕



PASTFUTURE
A Lil Speech✿
Assalamualaikum,, Allah menjadikan semuanya elok di muka bumi nii. That's why kita kena sentiasa bersyukur dgn segala nikmat yang dikurniakan-Nya.. SMILE! Its make you more beautiful..ツ♥ ,

Little Love♥


Do Follow♥



Status Semasa

>> Bufday saya 31/10
date : NOW
at: Everyday


>> Try to get a follower
date : Everyday
at: 24Hours


Library♥

  • The Awaited ...
  • Future Plan?
  • I'm Happy to See Everyone is Happy.
  • Late Night Thought
  • Welcome back !!!
  • I'm Twenty with no Teen more in my age
  • Alhamdulillah.. :)
  • Baruku Tahu... :))
  • JANGAN...
  • Jom renung-renungkan